nuffnang add


Tuesday 23 October 2012

CUCU AYAH DAN MAK AKU



Gambar hari raya puasa 2012...raya ke 5 rasanya. Inilah generasi kedua tok wan wahab dan tok chah. 7 orang semuanya setakat ni....4 lelaki 3 perempuan....yang sulung dah 15 tahun yang bongsu 7bulan...jauhnyer jarak perbezaan usia kan.  Cuba teka yang mana cucu sulong dan yang mana cucu bongsu... heeee
Here, aku listkan nama-nama cucu ayah aku...ikut turutan kewujudan mereka dialam fana ini.
1. Husnul Hilm
2. Nuril Naurah
3. Mohd Anis Amir
4. Izza Insyirah
5. Mohd Afiq Danial
6. Ahmad Danish Ikhwan
7. Durrah Nur Jannah

Semoga ayah dan mak panjang umur, sihat walafiat untuk terus bergelak tawa dengan kerenah cucu-cucu mereka dan menikmati setiap saat kejayaan mereka nanti. AMIN

Wednesday 17 October 2012






Apakah yang dikatakan penyakit lelah ?
Lelah ialah keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit menyebabkan seseorang itu susah bernafas dan mungkin berbunyi pernafasannya ( ini dipanggil wheezing ). Dia terbatuk -batuk dan batuknya itu banyak mengeluarkan kahak. faktor -faktor yang boleh menyebabkan lelah di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada 3 kategori :
1. Unsur alahan
2. Unsur jangkitan seperti kuman virus yang membawa penyakit di saluran pernafasan.
3. Unsur emosi.
Unsur alahan berbeza di antara kanak -kanak. Unsur -unsur alahan yang biasa terdapat ialah telur ayam , bulu kucing dan sejenis organisma yang terdapat pada habuk -habuk. Seseorang kanak -kanak yang alah kepada organisma habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh dengan habuk -habuk apabila menyedut uadara yang penuh dengan habuk -habuk ini boleh lelah. Kanak -kanak bergini , apabila sahaja terjangkitan kuman virus yang biasa menyebabkan batuk selsema boleh lelah.
Tekanan emosi boleh timbul dikalangan kanak -kanak apabila dia terdedah kepada suasana yang kurang menyenangkan. Umpamanya kanak -kanak yang sensitif yang mula bersekolah boleh mendapat lelah akibat gangguan emosi. Tetapi perlu diketahui bahawa suasana di sekolah boleh membawa unsur -unsur lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu lalah seperti jangkitan virus dan pendedahan kepada berbagai -bagai lagi unsur alahan.
Kanak -kanak yang lelah mempunyai saluran pernafasan sangat sensitif di mana saluran pernafasannya mudah sempit ekoran dari unsur alahan , jangkitan dan gangguan emosi.
Seseorang yang lelah tidak semestinya menunjukan tanda pernafasan yang berbunyi ( wheezing ). Batuk yang tidak berhenti -henti sepanjang masa sama ada di waktu siang atau malam mungkin berpunca dari kesempitan saluran pernafasan atau lelah. Adakalanya kanak - kanak yang menghidap penyakit ini susah bernafas dan terbatuk selepas menjalani aktiviti jasmani. Ada pula kanak - kanak yang lelah yang selalu batuk pada waktu malam terutama pada jam 2 pagi hingga 6 pagi dan terpaksa duduk kerana susah bernafas ( nocturnal asthma ).
Para penyelidik Immunologi telah dapat menunjukkan bagaimana sesuatu unsur alahan dapat menimbulkan asthma. Seseorang akan lelah jika menyentuh sesuatu unsur alahan ( allergen ) seperti satu organisma yang terdapat dalam hama - hama atau habuk ( Dermatophagoides ) dan ini akan bercantum dengan antibodi di dalam darah. Kombinasi antigen - antibodi ini akan melekat pada sel - sel yang di panggil mast cell , mengakibatkan pengeluaran bahan - bahan  kimia seperti ' histamine ' , SRS-A dan beberapa lagi bahan - bahan kimia yang akan menyebabkan kesempitan saluran pernafasan. Ini adalah cara reaksi immunologi yang biasa sekali terdapat pada kanak - kanak yang menghidap lelah ( allergic asthma ).
Bolehkah kita mengenali bayi - bayi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat lelah ?
Para penyelildik dalam bidang alahan telah dapat mengenali bayi - bayi yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat lelah apabila mereka besar . Caranya ialah dengan  mengukur tahapsatu jenis antibodi yang dipanggil   IgE  dari darah yang diambil dari darah saluran uri ( cord blood ) selepas kelahiran bayi. Seseorang bayi yang ada riwayat alahan didalam keluarganya serta mempunyai tahap antibodi  IgE  yang tinggi dalam saluran darah urinya memang berkemungkinan besar untuk menghidap  penyakit lelah pada masa akan datang.
Apakah yang perlu dibuat jika lelah menyerang kanak - kanak ?
Ibu bapa hendaklah sentiasa bertenang supaya anak mereka itu tidak mudah berasa takut kerana ini boleh memburukkan lelahnya itu. Ubat - ubatan yang boleh mengembangkan saluran pernafasan sama ada diberi dengan cara pil atau dengan cara sedutan ( inhalation ) boleh digunakan dengan berkesan untuk meredakan keadaan. Jenis dan cara pemberian ubat ini akan ditetapkan oleh doktor mengikut keterukan lelah dan umur kanak - kanak itu tetapi memang diakui  yang ubat - ubatan ini jika diberi dengan cara menyedut adalah lebih selamat kerana dos yang digunakan adalah kecil kalau dibandingkan dengan dos yang terdapat dari pil - pil. Jika kesesakan nafas meningkat hingga kanak - kanak itu berasa resah tidak berupa bercakap , adalah dinasihatkan supaya dia dibawa berjumpa doktor.
Ada beberapa jenis ubat - ubatan yang boleh digunakan oleh para doktor seperti ubat yang mengandungi bahan theophylline , steroid , sodium chromoglycate dan ketotifen. Walaupun pengunaan ubat - ubatan ini mungkin berbeza sedikit di antara doktor - doktor , ada suatu prinsip umum yang dipatuhi oleh mereka. Faktor - faktor seperti unsur alahan , unsur jangkitan , gangguan emosi , tekanan jasmani dan sebagainya patut diambil kira kerana maklumat - maklumat ini akan dapat membantu seseorang doktor itu memberi nasihat dan rawatan yang sewajarnya kepada ibubapa. Ada ubat - ubatan yang khusus bagi memberhentikan lelah dan untuk digunakan bagi mengelakkan berlakunya lelah.
Satu perkara yang penting difikirkan apabila seseorang kanak - kanak itu sesak nafas ialah kemungkinan saluran pernafasan tersekat oleh benda - benda seperti biji kacang atau biji saga dan sebagainya kerana ini menampakkan satu keadaan yang seakan - akan penyakit lelah. keadaan ini memerlukan rawatan khas dengan segera untuk mengelakan kerosakan pada paru - paru yang boleh membawa maut.
 Bagaimana hendak mencegahnya
Pokok dari program pencegahan lelah ialah menghindar unsur alahan. Unsur - unsur alahan yang biasa dikenali ialah organisma yang terdapat dari habuk habuk , bulu - bulu kucing  atau anjing , "pollen " dari pokok - pokok , telur , susu lembu atau makanan laut seperti kerang. Ibu bapa sendiri perlulah perhatikan unsur - unsur yang membawa kepada lelah di kalangan anak - anak mereka kerana unsur alahan berbeza diantara kanak - kanak. Merokok dihadapan kanak - kanak tidaklah digalakkan kerana asapnya boleh menyebabkan kanak - kanak itu mendapat lelah. Kadangkala makanan - makanan yang sejuk seperti aiskrim dan air jus buah - buahan boleh menyebabkan kanak - kanak itu menghidap lelah.
Walaupun  ukuran antiobodi  IgE  tidak mudah diuruskan dari saluran darah uri adalah digalakkan ibu - ibu yang mempunyai alahan yang kuat dalam keluarganya memberi susu badan kepada anak - anak yang baru dilahirkannya dan melambatkan pemberian susu tepung formula dan makanan peralihan yang lain kerana ada data - data yang menunjukkan bahawa pemberian makanan - makanan ini kepada bayi dibawah usia tiga bulan boleh menyebabkan bayi - bayi menghidap penyakit alahan.
Dalam usaha mengenali alahan - alahan para doktor menyarankan supaya ujian - ujian kulit dijalankan keatas kanak - kanak yang menghidap lelah. Ujian ini dijalankan dengan mengunakan ' antigen ' yang disyaki sebagai unsur alahan kepada seseorang kanak - kanak itu.
Ujian - ujian ini kadangkala boleh mengelirukan kerana walaupun seseorang itu sudah dipastikan alah kepada sesuatu unsur mengikut keputusan ujian ini tidak semestinya pendedahan kepada unsur ini akan menimbulkan lelah.
Untuk merawat lelah dengan berkesan ibu bapa perlulah memahami keadaan ini dan bekerjasama dengan para doktor supaya nasihat yang disarankan diikuti dengan seberapa boleh. Pengawasan dan rawatan mungkin terpaksa diteruskan dengan berpanjangan untuk memastikan fungsi pernafasan kanak - kanak itu tidak terjejas.
Kesimpulan
Ibu bapa yang anaknya lelah perlu tahu dengan mendalam tentang penyakit ini kerana mereka memainkan peranan yang penting di dalam program rawatan anak mereka itu.  Mereka perlu mengetahui faktor - faktor yang boleh menyebabkan berlakunya lelah supaya dapat diawasi faktor - faktor seperti alahan , jangkitan , emosi dan sebagainya .
Ubat - ubatan yang ada sekarang adalah efektif untuk merawat dan mencegah lelah. Tidak ada sebab mengapa sebahagian besar kanak - kanak yang menghidap lelah itu tidak boleh menjalani aktiviti - aktiviti seharian sama seperti kanak - kanak biasa kalau mereka mendapat rawatan dengan sempurna. Lelah yang berlaku diwaktu tidur pada waktu malam dan selepas menjalani aktiviti jasmani mesti dan boleh dicegah dengan ubat-ubatan yang ada pada masa kini 

samb....NEBULIZER

ARTIKEL 3:


Tanggapan salah asma

PADA pendapat anda, bolehkah penghidap asma bergiat aktif dalam sukan? Boleh, tidak atau tidak pasti? Jawapannya, boleh. Semua pesakit asma boleh menjalani kehidupan aktif dengan syarat keadaan penyakit mereka terkawal. Dalam keadaan ini, pesakit bukan saja boleh bermain badminton atau berenang hatta menyertai jogaton!
Malah, dalam keadaan penyakit yang terkawal, pesakit asma juga boleh menikmati semua makanan kegemaran mereka, termasuk aiskrim dan minuman berais yang biasanya menyebabkan orang berasa ‘semput’. Hakikat ini diakui Presiden Persatuan Torasik Malaysia, Profesor Dr Liam Chong Kin.

Namun, masih ramai mempunyai tanggapan salah mengenai pesakit asma atau lelah sehingga ada yang tidak pernah menyertai aktiviti sukan. Kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit secara tidak langsung menafikan hak pesakit asma untuk bergiat cergas.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua 1996 mendapati insiden asma masyarakat kita ialah 4.2 peratus, tetapi kadarnya lebih tinggi di kalangan kanak-kanak berumur kurang 15 tahun (4.5 peratus berbanding 4.2 peratus bagi orang dewasa).

Di seluruh dunia, dianggarkan ada kira-kira 300 juta pesakit asma dan jumlah ini dijangka meningkat 50 peratus setiap dekad.

Ia dianggap penyakit kronik paling lazim di dunia yang menyebabkan 180,000 kematian setiap tahun.

Katanya, ini perkara menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku kerana kematian boleh dielakkan melalui penjagaan kesihatan dan pengurusan asma yang baik seperti disarankan Inisiatif Global Untuk Asma (GINA).

Hari Asma Sedunia disambut setiap hari Selasa pertama bulan Mei. Tahun ini ia jatuh pada Selasa depan dengan tema ‘Keperluan Asma Yang Tidak Dipenuhi’. Asma adalah penyakit yang ada kaitan rapat dengan keturunan dan persekitaran.

Bilangan pesakit asma di kawasan bandar juga jauh lebih tinggi berikutan masalah pencemaran udara, habuk, kawasan perumahan yang rapat, sistem pengudaraan di rumah tidak baik kerana tingkap sentiasa tertutup untuk mengelakkan habuk.

Namun paling utama ialah kehadiran hama rumah yang menjadikan sel kulit mati sebagai makanan. Hampir 80 peratus pesakit asma di negara ini alah terhadap hama rumah dan najis hama. Ini sebabnya pesakit asma tidak digalakkan membentang permaidani di rumah kerana ia menjadi tempat pembiakan utama hama. Jika terpaksa, pastikan permaidani itu dibersihkan menggunakan mesin vakum sekerap mungkin,” katanya.

Jika anda mempunyai sejarah keluarga menghidap asma (walaupun anda sihat), tiba masanya anda mengambil tahu mengenai penyakit ini. Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:

l Batuk pada waktu malam.

l Sukar bernafas.

l Nafas berbunyi berdehit (lebih teruk pada waktu malam atau ketika bersenam).

l Kerap mengalami masalah sinus rinitis (kerap bersin; hidung dan mata menjadi berair, merah dan terasa gatal).

Gejala di atas berbeza dari semasa ke semasa, tetapi ia biasanya lebih teruk pada malam dan awal pagi. Malah, tahap serangannya juga berbeza antara pesakit, ada yang teruk hingga tidak dapat menjalankan aktiviti harian, tetapi ada juga yang hanya mengalami masalah kecil.

Asma adalah masalah yang dikaitkan dengan keradangan saluran pernafasan yang membabitkan hidung, tekak dan membran mata. Saluran pernafasan pesakit asma sensitif terhadap bahan pencetus alahan yang dipanggil alergen, menyebabkan ia bengkak, radang, otot di sekeliling saluran ini menegang dan lebih banyak mukus (lendir) dihasilkan sehingga menyekat kemasukan udara ke paru-paru; akibatnya pesakit sukar bernafas.

Antara alergen yang boleh menyebabkan serangan asma ialah:
• Hama rumah.
• Habuk.
• Pencemaran udara.
• Perubahan cuaca.
• Makanan (kacang, makanan dan minuman sejuk).
• Asap (termasuk asap rokok).
• Senaman.
• Bulu haiwan peliharaan
• Perubahan emosi yang mendadak.
• Kesan sampingan ubat seperti aspirin atau untuk sakit sendi.

Jika anda mempunyai gejala seperti disenaraikan di atas tetapi masih tidak pasti, segera berjumpa doktor supaya diagnosis boleh dijalankan. Ia lebih penting bagi wanita yang merancang untuk mengandung atau mengandung kerana asma boleh diturunkan kepada anak. Malah, asma yang tidak terkawal boleh membahayakan kesihatan.

Menurut Dr Liam, satu pertiga daripada wanita asma yang mengandung tidak mengalami masalah, satu pertiga mendapat serangan asma yang teruk dan satu pertiga lagi mungkin boleh menemui maut. Malah lebih membimbangkan, asma yang tidak terkawal ini akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Bagaimanapun, pesakit tidak perlu risau kerana ubat yang diambil bagi meredakan serangan asma tidak mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Sebaliknya jika dibiarkan, asma tidak terkawal boleh merencat pertumbuhan bayi.

Walaupun asma penyakit keturunan, ada beberapa cara boleh diambil bagi mengurangkankan peluang anak mewarisinya iaitu dengan berhenti merokok (sama ada ibu mahupun bapa) kerana perokok pasif (iaitu menghidu asap rokok orang lain) juga mengalami kesan hampir sama dengan perokok aktif.

Apabila bayi lahir, pastikan persekitarannya bebas daripada asap rokok dan semua punca alergen. Ini termasuk kerap menggantikan cadar tilam (dan dibasuh dengan air panas), tidak memberikannya patung mainan berbulu dan paling penting, memberikan susu ibu.

“Seboleh-bolehnya elak memberi susu formula dibuat daripada susu lembu kerana ia mengandungi protein asing yang boleh meningkatkan risiko bayi mendapat serangan asma. Selain itu elakkan memberi kacang, kekacang dan telur kerana ia turut mengandungi banyak protein,” katanya.

Asma juga boleh menyerang individu dewasa (yang mempunyai sejarah keluarga) walaupun ketika kecil dia tidak pernah mengalami masalah asma, terutama jika individu berkenaan tinggal dalam persekitaran tercemar dan tidak sihat.

Justeru, beliau menyarankan semua pesakit sentiasa patuh kepada jadual pengambilan ubat kerana sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan asma. Pesakit yang aktif bersenam juga dinasihatkan sentiasa membawa ubat seperti antikeradangan (glukkokortikosteroid, alat berwarna biru yang disedut di hidung) dan ubat pelega simptom.

Jadi, jika asma terkawal, anda boleh menyertai pelbagai jenis sukan. Ini yang mahu dibuktikan Majlis Asma Malaysia (ACM) bersama Persatuan Torasik Malaysia yang mengadakan jogaton sempena sambutan Hari Asma Sedunia 2006.

Jogaton percuma sembilan kategori ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat semuda tujuh tahun yang akan diadakan pada Ahad ini, 7 Mei 2006 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Mereka yang ingin menyertai jogaton boleh mendaftar melalui laman web www.asthma.acm.com.my atau hubungi talian 03-27152843 untuk keterangan lanjut.

Untuk sambutan sama, GINA turut menawarkan hadiah 5,000 euro (RM23,000) kepada mana-mana negara yang berjaya mengumpul mata melalui kuiz mudah mengenai asma.

Bagi membantu pesakit asma kita mendapat bantuan ini, anda boleh layari laman web www.asthmamusic.com yang bermula dari 2 hingga 31 Mei depan. 

SAMBUNGAN....NEBULIZER

ARTIKEL 2:

Kesihatan Anak: Lelah atau asma pulih sendiri apabila usia meningkat

Bersama Dr Azam Mohd Noor

Soalan satu:

Doktor, anak saya menghidap lelah. Saya sudah mendapatkan rawatan yang sepatutnya tetapi dia masih lagi berhadapan dengan masalah sama. Malah dia kerap dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman. Apa yang perlu saya lakukan untuk membantunya?

Izam,
Melalui e-mail.

Jawapan:

Lelah atau asma adalah penyakit paru-paru yang kerap di kalangan kanak-kanak. Apakah yang dimaksudkan dengan lelah atau asma? Untuk memahami dengan lebih lanjut saya akan jelaskan serba sedikit mengenai paru-paru. Di dalam paru-paru terdapat salur paru-paru yang membawa udara yang kita sedut ke hujung paru-paru. Ia dipanggil alveolar. Di sini udara yang beroksigen akan menyerap ke dalam salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah adalah tinggi. Apa yang dimaksudkan lelah ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru itu sempit.

Apakah tanda-tanda lelah?

Secara klasiknya lelah menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas yang berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami oleh kanak-kanak itu adalah basah (wet cough) iaitu berkahak. Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik lelah. Ini menyukarkan diagnosis lelah dibuat dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan banyak ubat.

Tanda-tanda yang penting bagi ibu bapa untuk mengenalpasti kemungkinan anak mereka mengalami asma atau lelah ialah:

1. Batuk berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam atau awal pagi.

2. Batuk berterusan yang bermula dari batuk selesema biasa. Biasanya batuk selesema akan hilang dalam masa antara empat hingga enam hari tetapi kanak-kanak ini akan terus batuk untuk jangka masa yang lebih lama.

3. Batuk selepas bermain atau menjalankan aktiviti.

4. Batuk apabila suhu persekitaran yang sejuk seperti di dalam bilik berhawa dingin. Selepas meminum air sejuk atau makan ais krim. Batuk ini juga mungkin berlaku selepas memakan buah-buahan seperti oren

5. Semput

Jika terdapat juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ini lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah lelah atau asma senang dijangkiti kuman pada paru-paru.

Disebabkan lelah selalu dicetuskan selepas deman selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap lelah. Seperti apa yang diperkatakan oleh saudara Izam masalah lelah itu menyebabkan anaknya kerap mendapat jangkitan kuman dan dimasukkan di hospital.

Ada beberapa faktor yang boleh mencetuskan simptom lelah antaranya ialah habuk atau hama habuk( house dust mites), asap rokok, buah-buahan citrus dan sebagainya. Walaupun perkara yang menyebabkan lelah itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama.

Apakah rawatan untuk lelah?

Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan lelah. Ubat-ubatan yang dimakan kanak-kanak menghidap lelah hanyalah untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah lelah. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap lelah ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.

Terdapat dua jenis kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak menghidap lelah.

1. Ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada lelah

2. Ubat-ubatan yang mengurangkan simptom lelah ketika kanak-kanak mengalami lelah.

Apabila kanak-kanak sering mendapat simptom lelah, kanak-kanak itu perlu memakan ubat yang boleh mencegah simptom lelah itu berulang. Ubat ini memerlukan penggunaan setiap hari dan oleh itu ramai ibu bapa berasa takut kononnya kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, apa yang berlaku ialah pada mulanya ubat itu perlu diberi setiap hari kepada kanak-kanak terbabit dan apabila kawalan lelah itu beransur baik, ubat-ubatan ini akan dikurangkan secara perlahan sehingga diberhentikan. Kebanyakan ubat pencegahan lelah mengandungi steroid. Ramai ibu bapa yang bimbang dengan bahan itu tetapi oleh kerana ubat berkenaan digunakan secara topikal ia adalah selamat dan tidak membawa kesan sampingan.

Saya sendiri ketika zaman kanak-kanak berhadapan dengan masalah lelah. Pada masa itu disebabkan tiadanya ubat yang boleh mengawal lelah dengan baik banyak perkara yang tidak boleh dilakukan seperti aktiviti sukan, tidak boleh minum air sejuk dan lebih menyedihkan setiap kali hari raya saya akan semput disebabkan asap bunga api. Apa yang kita inginkan dalam rawatan lelah ialah kanak-kanak itu dapat melakukan aktiviti biasa dan tidak terasa ketinggalan disebabkan oleh lelah.

Mengenai pemakanan dan lelah, tiada bukti kukuh yang menunjukkan vitamin mencegah lelah bagaimanapun, pemakanan yang baik akan meningkatkan lagi sistem imun badan dan ini akan mengurangkan jangkitan virus dan secara tidak langsung mungkin mengurangkan kekerapan lelah.

Kesimpulannya, daripada apa yang diterangkan di atas, kemungkinan besar kawalan lelah anak saudara Izam masih kurang memuaskan dan ini menyebabkan anak saudara kerap mendapat lelah dan paru-parunya dijangkiti kuman.


Petikan: Berita Harian 

NEBULIZER...CIAN ADIK!

Hari ini saya nak share sikit info-info tentang kenapa kena nebulizer or lebih tepat lagi tentang athma.... coz dalam bulan lepas anak aku warded 5hari pasal sebab tu. Gambar atas- adik rileks jer coz kena nebulizer every 4hours...dah biasakan adik! Tapi bila dah lupa.....melalak la.

Artikel 1:


Pernafasan anak saya bunyi berdehit-dehit. Adakah dia menghidap asma?
Anda mungkin bimbang apabila mendengar bayi anda bunyi berdehit, tetapi kemungkinannya itu bukan asma. Kebanyakan bayi dan anak kecil berdehit apabila menghidap infeksi trakus respiratori atas atau selesema.

Asma, di sebaliknya, adalah keradangan tiub respiratori kecil (bronkiol) paru-paru. Jika bunyi berdehit itu berlaku dengan kerap tanpa kehadiran selesema, tanyalah pendapat doktor anda.

Bagi bayi, saluran udara adalah tersangat kecil dan ini boleh menyebabkan bunyi berdehit yang sebenarnya bukan asma. Bunyi berdehit sememangnya sering berlaku semasa masa usia awal bayi, dan selagi dehitan itu tidak berlanjutan selepas usia tiga tahun, kebanyakan doktor berpendapat bahawa anda seharusnya tidak usah bimbang.

Doktor hanya boleh membuat diagnosis asma dengan yakin apabila mereka dapat melihat satu pola simptom bagi satu jangka masa yang agak panjang.
Apa yang menyebabkan asma?
Asma bagi kebanyakan kanak-kanak dan dewasa adalah reaksi terhadap pemicu tertentu - selalunya asap tembakau, bulu haiwan kesayangan, spora kulat, kutu habuk, atau debunga (walaupun infeksi respiratori dan bersenaman dalam udara sejuk boleh juga mencetuskan serangan).

Sama seperti jenis-jenis
alergi lain, pemicunya merangsangkan antibodi IgE untuk mengeluarkan histamina dan lain-lain bahan pengantara kimia. Kimia-kimia yang dikeluarkan oleh antibodi mengembungkan lapisan paru-paru dan mengetatkan otot-otot saluran udara, dan ianya juga mula mengeluarkan mukus.
Apakah faktor-faktor risiko asma?
Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan berdehit-dehit jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.

Genetik juga memainkan peranan. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang menghidap asma lazim mewarisi kecenderungan untuk mendapat asma, dan penyakit itu akan berkembang dengan lebih cepat bagi kanak-kanak ini daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai asma dalam keluarga.

Bermastautin di bandar besar di samping keadaan perumahan yang tidak sempurna juga membuatkan bayi dan kanak-kanak lebih mudah diserang penyakit itu.
Saya dengar bahawa asma semakin meningkat. Kenapa begitu?
Asma semakin meningkat. Pengindustrian, rumah bercirikan cekap tenaga dan pembasmian kebanyakan penyakit kanak-kanak, seperti campak dan beguk, mungkin boleh disalahkan juga.

Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, asma tidak merupakan masalah besar dalam masyarakat pra-industri. Tetapi, apabila kemajuan tiba, asma akan menyusul.

Kita lebih banyak menghabiskan masa terkurung dalam rumah-rumah cekap tenaga.
Udara dalam rumah dipenuhi alergen, seperti kutu habuk atau bulu haiwan kesayangan.
Jika kanak-kanak banyak menghabiskan masa di depan TV atau komputer, mereka akan kurang berada dalam udara bersih di luar. Semua ini nampaknya telah mengakibatkan peningkatan asma.

Sistem imun, yang sentiasa berfungsi, yang dahulunya giat mempertahankan badan dari diserang
cacar air dan rubela, sekarang tidak mempunyai banyak kerja selain menentang serangan kutu habuk, iaitu haiwan perosak yang amat halus yang kehadirannya dikaitkan dengan asma.

Mungkin juga sistem imun bertindak balas terhadap sesuatu alergen itu dengan terlalu giat (seperti memadamkan mancis dengan hos air), yang juga mungkin menyumbang kepada asma juga.
Bolehkah asma dipulihkan sama sekali?
Asma ialah penyakit berlarutan (kronik), dan setakat yang diketahui tiada ubat yang boleh menyembuhkannya. Namun begitu, asma boleh dikawal dengan ubat-ubatan, dan dengan mengurangkan juga pendedahan kepada pemicu tertentu seberapa yang boleh.

Jika anak anda menghidap asma, ini tidak seharusnya menghalang dia daripada menjalankan senaman dan mengikuti gaya hidup yang sihat dan aktif. Ramai kanak-kanak akan pulih daripada asma setelah membesar, atau penyakit itu menjadi semakin kurang teruk apabila mereka lebih tua. Kerjalah bersama doktor anda untuk mendapatkan
rawatan dan cara mengawal asma yang paling baik bagi anak anda.

NEBULIZER.........cian adik..,,,

adik kena nebulizer every 4 hours...lama-lama dia pun rileks jer

Thursday 11 October 2012

My student mencabar kesabaran... sabar sue

Pagi ni aku tak jadi buat kelas ganti untuk next week......coz next week terpaksa cancel class jabatan buat aktiviti... bcoz of what...???????? marah aku tak hilang lagi........MARAHNYEEEEE!!!!! selama aku mengajar selama hampir 12 tahun ni... 1st time student bleh p tegur kawan dia lalu tepi kelas masa aku dok tgh ngajar... memang la aku tak bercakap, dok tunggu kawan dia buat exercise aku bagi kat white board... tapi melampau budak tu dia boleh dengan selamba tegur camni:

budak nakal : hai amir!
aku: jegil....tarik nafas dalam-dalam
budak nakal: puan, itu amir hamzah...(dengan tak rasa bersalah)
budak baik: hoi...hormat sikit la...
budak lain: ..heee heeee heee
budak kena buat exercise: dok depan terkial-kial lagi tak siap
aku: sabar sue.... kalau aku tak tarik nafas aku xcool down...silap-silap makan penampar budak tu!

Bila budak kena buat exercise terkial-kial tu siap aku explain sat... then bermula sesi basuh otak untuk budak-budak class tu.  Setengah jam aku basuh dia orang sampai gigil tangan aku bila kemas buku-buku aku nak balik ofis...kureng betol budak-budak tu. kelmarin baru jer aku return test, 12 orang fail still tak rasa apa-apa keinsafan, dah watak budak nakal tu tadi adalah antara yang 12 orang tuh.

Tolong la my student faham "apa yang kita buat hari ini kesannya adalah pada masa hadapan kita" aku doakan diaorang diberi kesedaran dan keinsafan....anak-anak generasi akan datang...


Wednesday 10 October 2012

chicken pox..........











Since bulan puasa ari tu.. anak sulungku ini asyik demam jer every 2 weeks demam...aku pening kepala fikir apahal la budak ni. bayangkan dah 3 bulan proses ini demam tak kebah-kebah ini berlansung so aku pun teringat balik dulu pengasuh anak aku ni pernah citer anak dia yang bongsu tu pernah jadi camni then dia bawa pi berubat tradisional plak... so aku discuss dengan husband dah berapa byk ubat budak ni dok telan.. tak baik-baik... kat rumah aku tu macam dah boleh bukak farmasi dah aku rasa...punya la banyak ubat.

Part paling tak best adalah bila si abang demam adik akan demam juga lepas tuh....tu yang sangat -sangat tak best, aku pun asyik kena cuti, mc...cabaran tahun 2012.

Back tu perubatan tradisional tadi, aku pun bawa la anak-anak ku pi... PAK WAN namanya kat taman delima, sungai petani. Dia kata anak aku ni nak kena demam campak tapi tyak mau keluar-keluar...so dia minta stop kan ubat-ubatan itu dulu.. dia ubat air tawar, sirih jampi-jampi..3 hari mandi air n sireh tu.. yang bestnye dia berubat dengan ayat quran bukan jampi-jampi ngarut tuh. itu yang aku percaya sikit...
then hasilnya seperti gambar diatas,...elok jer cukup seminggu tara bintik-bintik merah keluar...the chicken pox appear... salute lah kat pak chik tu. then aku realize that semoden-moden, sehebat-hebat perubatan moden ni tapi hebat lagi perubatan islam...dengan izin allah.

harapanku....semoga marathon demam nak-anakkku berakhir disini... ceria, sihat jer, dah la ibu dah penat.........................

Thursday 4 October 2012

ANAK......MY SOUL


Anak.......satu anugerah yang tidak ternilai dalam hidup ini...ingat lagi segala susah payah untuk mendapat zuriat ini, terutama yang sulung.  Berkorban masa, tenaga, kos, ...........malah telinga, mata, mulut,  semua pancaindera anugerah Ilahi terpaksa berkorban jugak... yelah...
TELINGA....kena tahan soalan-soalan cepumas manusia sekeliling
MATA....... kena tahan tengok comel-comelnya anak-anak orang
MULUT.....kena tahan telan segala-segala pil-pil ubat, vitamin, makanan-makanan untuk kesuburan. dan tinggalkan makanan tidak menyihatkan (tu yang payah sebenarnya)
BADAN.........kena maintain jer dan sihat... (susah sangat yang ni..heeeeee)

berkat kesabaran........alhamdulillah 2 orang, sepasang

Wednesday 3 October 2012

satu perjalanan kehidupan


ingin berkongsi rasa di alam maya ini......tentang apa yang terlintas di minda ditintakan dengan bait-bait perkataan...berpandukan pegangan dariNYA yang ESA!