nuffnang add
Wednesday, 19 June 2013
SELAMAT HARI BAPA...
Khas buat ayah tersayang yang terlalu banyak jasa dari aku kecik hingga kini.
Juga untuk ayah kepada anak-anakku.
Nanti kena buat n3 pasal ayah ni...
Sunday, 19 May 2013
Sunday, 3 March 2013
Gaya Tidur Baby : Ya ke camni?
Korang perhati tak camna anak korang tidur waktu malam?
sila pilih yang mana satu gaya tidur anak anda..
Mengapa Yahudi Bijak' .............islam lebih hebat jika kita amalkan

Pernah tak baca artikel tentang kenapa orang Yahudi bijak dan beberapa amalan wanita Yahudi ketika mengandung untuk melahirkan anak-anak yang bijak? Saya tetap juga mengatakan bahawa Islam adalah yang terhebat dan bijak cuma mungkin banyak ajaran dan sunah Rasulullah yang kita tinggalkan. Menurut tesis yang dijalankan oleh Dr Stephen Carr Leon mengenai 'Mengapa Yahudi Bijak' pemerhatian Dr Stephen selama 3 tahun berada di
Israel.
Amalan Pemakanan
Kurma dan susu - amalan makanan sunnah
Ikan tanpa kepala (isi ikan sangat bagus untuk perkembangan otak, kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik) - kan orang tua-tua selalu pesan jangan makan kepala ikan jadi benak
Salad yang dicampurkan dengan kekacang terutama kacang badam
Pil minyak ikan
Tidak makan ikan bersama daging - amalan makanan sunnah
Makan buah-buahan dahulu - amalan makanan sunnah
Larangan Merokok
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia, mereka dengan tidak segan silu akan menghalau jika merokok di dalam rumah mereka.- tapi mereka juga cipta rokok??
Amalan Mengandung
Menyanyi dan bermain piano - musik kan dapat merangsang perkembangan minda bayi apalagi musik yang dialun daripada ayat suci Al-Quran
Latihan Matematik - Ibu Bill Gates cthnya adalah guru yang terlibat secara langsung dengan matematik, beruntunglah ibu-ibu yang terlibat secara langsung dengan matematik dan kira-kira, jika tidak maka buatlah latihan matematik sebanyak mungkin untuk merangsang otak anak dalam kandungan. Jika diperhatikan, matematik berkait langsung dengan bidang perniagaan iaitu pekerjaan sunnah.
Kanak-Kanak
Buah-buahan dan kacang badam
Pil minyak ikan
Bermain piano dan violin, menghafal nota musik - menghafal al-Quran bagi anak-anak muslim untuk menguatkan daya ingatan
Diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran Sains
Wajib bersukan terutama memanah, menembak dan berlari - Nabi mengajar kita supaya mengajar anak-anak memanah (konsentrasi atau daya fokus), berenang dan menunggang kuda (kekuatan fizikal)
Fakulti Perniagaan - tengok seriusnya mereka dengan perniagaan yang digalakkan oleh Rasulullah kepada kita
Ibadat Mereka
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! - Amalan rukuk dan sujud ketika solat bagi orang Islam
Thursday, 28 February 2013
Cara mengatasi tantrum anak
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- pegang dia seperti dalam gambar disebelah ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Sumber : FB Prof. Dr. Rozieta Shaary
Kenali Apa Itu Tantrum
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.
Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya
Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek
Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:
1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.
2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.
3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.
4)Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.
5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.
6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).
7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.
Disiplin Mengikut Umur
Disiplin boleh ditetapkan berdasarkan umur. Ini kerana, kanak-kanak yang berbeza umurnya sudah tentu berbeza dari segi kematangan dan kebolehan memahami tindak-tanduk ibubapa. Umpamanya, seorang anak berusia tiga tahun sudah tentu berbeza caranya untuk mendisiplin berbanding anak yang sudah berusia sepuluh tahun.
Secara amnya, dari segi umur dan disiplin, kanak-kanak boleh dikategorikan seperti berikut:
Bayi baru lahir – 1.5 tahun: Tidak perlu didisiplin. Anak yang masih bayi hanya mampu menangis jika ada sesuatu yang tidak kena. Ia menangis bila kurang sihat. Menangis bila lapar. Menangis bila tidak selesa. Jadi formula untuk anak yang masih kecil seperti ini ialah BERTINDAK SECARA RESPONSIF iaitu berikan perhatian sewajarnya. Malah, kajian membuktikan, bayi yang ibu-bapanya sentiasa responsif (cepat memberi respons dan tidak membiarkan anak berlarutan menangis) menjadi anak yang lebih tinggi keyakinan dirinya apabila meningkat remaja.
1.5 tahun – 2 tahun: YA dan TIDAK. Maksudnya, untuk anak dalam lingkungan umur ini, kita hanya perlu memperkenalkan disiplin secara lembut, umpamanya dengan diperingatkan berkali-kali. Contohnya apabila anak cuba memasukkan jari ke dalam soket elektrik, kita larang dan katakan, "Ini soket elektrik. Boleh terbakar tangan jika disentuh."
2 tahun – 5 tahun. Inilah peringkat umur yang benar-benar memerlukan ibubapa untuk memperkenalkan kaedah disiplin berkesan untuk jangka panjang. Inilah objektif disiplin kita; iaitu seorang anak sudah elok perangainya apabila mencapai lingkungan kira-kira 5 tahun. Bermakna, dalam tempoh tiga tahun, seseorang anak boleh diharapkan secara realistik untuk dididik berkelakuan baik, contohnya tidak memecahkan barang atau sudah pandai mengambil hati kawan.
Peka Dengan Perkembangan Anak
Pun begitu, kategori umur di atas hanyalah sebagai garis panduan kasar sahaja. Perlu diingat bahawa setiap kanak-kanak mengalami proses kematangan yang unik dan berbeza dari kanak-kanak yang lain. Sesetengah anak menjadi matang lebih cepat dan awal berbanding anak-anak yang lain. Manakala sesetengah yang lain pula lebih lambat dan memerlukan jauh lebih banyak kesabaran dan ketabahan, umpamanya anak yang lambat pembesaran ('slow development'). Oleh itu, Puan perlu peka untuk mengubah-suai kategori di atas mengikut kematangan anak Puan sendiri.
Beberapa Kaedah Disiplin
Tentunya tiada sekolah di mana kita boleh belajar cara-cara untuk mendisiplin anak. Rata-rata ibubapa cenderung untuk mendidik anak mengikut apa sahaja gaya didikan yang diterima mereka sendiri. Biasanya ini ialah stail ibubapa mereka sendiri atau datuk atau nenek atau sesiapa sahaja yang berperanan membesarkan mereka semasa kecil. Oleh itu, jika mereka dibesarkan secara lembut, kemungkinan besar inilah stail yang bakal digunakan untuk mengasuh anak sendiri. Begitu juga sebaliknya; jika dibesarkan oleh ibubapa yang garang dan panas baran, sebagai ibu atau bapa inilah cara yang secara automatik akan digunakannya. Dalam erti kata lain, gaya mengasuh anak biasanya dipelajari turun-temurun.
Beberapa kaedah disiplin yang biasa digunakan termasuk:
AGRESIF: Kasar melampaui batas umpamanya sering memukul dan memaki-hamun anak.
PASIF: Terlalu memanjakan anak dan membiarkannya membuat apa sahaja yang diingini.
MANIPULATIF: Menyalahgunakan autoriti sebagai ibubapa dengan memainkan emosi negatif anak. Contohnya suka membanding-bandingkan seorang anak dengan anak yang lain terutama di hadapan anak yang kurang digemari. Contohnya dari segi kepintaran dan pencapaian.
ASERTIF: Tegas bila perlu dan kena pada tempatnya.
Selain itu terdapat cara-cara lain yang kurang berkesan seperti tabiat suka berleter. Anak yang sudah terbiasa dileter akan 'switch off' secara automatik sebaik sahaja mendengar ibu atau bapa mula berleter. Jadi apa yang diperolehi oleh ibubapa yang suka berleter hanyalah tekanan darah yang semakin tinggi!
Fikirkan : Adakah Cara Yang Lebih Baik
Saya berani mengatakan, tiada seorang ibu atau bapa pun yang boleh dikatakan mendidik anak cukup sempurna di dunia ini termasuk diri saya sendiri. Ini kerana yang sempurna itu hanya Allah Maha Kuasa dan kesempurnaan itu hak Allah semata-mata. Selagi kita bergelar insan, usaha mendidik anak ini adalah suatu usaha yang berterusan; kita perlu berusaha menuju kesempurnaan. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa menyoal diri dan mengimbas kembali usahanya setiap hari sama ada dia sudah melakukan yang terbaik untuk anaknya ataupun tidak. Kebanyakan kita menggunakan gabungan keempat-empat kaedah yang disenaraikan di atas. Tetapi semakin banyak kaedah ASERTIF yang kita gunakan, bertambah baiklah disiplin dan akhlak anak kita.
Pilih Kaedah Asertif - Kaedah Disiplin Terbaik
Apakah bezanya kaedah ASERTIF dengan kaedah-kaedah lain? Paling penting, ibu bapa yang ASERTIF bersikap tegas apabila perlu tetapi lembut di waktu-waktu lain. Bila difikirkan, untuk anak yang umurnya setahun setengah ke atas, situasi yang memerlukan ketegasan lazimnya hanya berlaku beberapa kali sehari sahaja.
Yang saya maksudkan dengan ungkapan 'bersikap tegas' di sini ialah contohnya bercakap dengan nada yang tegas tanpa meninggikan suara sehingga menggerunkan anak tesebut. Umpamanya dengan anak yang sudah berusia hampir lima tahun, memadai dahi berkerut dan nada sedikit kurang senang untuk mengingatkannya supaya mandi sebelum waktu magrib.
Contoh: Anak yang baru berusia setahun setengah tertumpah air secara tidak sengaja di atas meja.
Respons yang sesuai: Ambilkan kain lap, letakkan tangan anda di atas tangannya dan sama-sama lapkan air yang tumpah. Ibubapa yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk mengajar anaknya dengan berkata, "Bila air tumpah, kita lap. Kalau tidak, lantai jadi licin, nanti adik jatuh!" Dengan ini, bukan sahaja anak diajar untuk tidak panik bila sesuatu yang kurang diingini berlaku, perbendaharaan katanya juga meningkat berkembang!
Respons yang TIDAK sesuai: Memukul tangannya atau menampar atau menengking.
Juga salah satu ciri kaedah ASERTIF ialah, anak diberi ruang untuk belajar daripada akibat perbuatannya sendiri. Prinsipnya mudah: Perbuatan yang baik menghasikan akibat yang baik. Manakala perbuatan yang buruk pula menghasilkan akibat yang buruk. Dengan ini, setiap anak belajar untuk bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang dibuatnya.
Jika ibu bapa bersikap konsisten iaitu peraturannya tidak berubah-ubah tidak tentu hala setiap hari, seseorang anak itu akan jelas tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhinya. Hasilnya, dalam masa tiga tahun yang singkat ini (antara 2 – 5 tahun), secara beransur-ansur anak itu dengan sendirinya mudah dilentur dan seluruh keluarga akan lebih harmoni, Insya'Allah. WallahuA' lam.
- Artikel iluvislam.com
Subscribe to:
Posts (Atom)








