Apakah yang dikatakan penyakit lelah ?
Lelah ialah keadaan di mana saluran
pernafasan menjadi sempit menyebabkan seseorang itu susah bernafas dan mungkin
berbunyi pernafasannya ( ini dipanggil wheezing ). Dia terbatuk -batuk dan
batuknya itu banyak mengeluarkan kahak. faktor -faktor yang boleh menyebabkan
lelah di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada 3 kategori :
1. Unsur alahan
2. Unsur jangkitan seperti kuman virus
yang membawa penyakit di saluran pernafasan.
3. Unsur emosi.
Unsur alahan berbeza di antara kanak
-kanak. Unsur -unsur alahan yang biasa terdapat ialah telur ayam , bulu kucing
dan sejenis organisma yang terdapat pada habuk -habuk. Seseorang kanak -kanak
yang alah kepada organisma habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh
dengan habuk -habuk apabila menyedut uadara yang penuh dengan habuk -habuk ini
boleh lelah. Kanak -kanak bergini , apabila sahaja terjangkitan kuman virus
yang biasa menyebabkan batuk selsema boleh lelah.
Tekanan emosi boleh timbul dikalangan
kanak -kanak apabila dia terdedah kepada suasana yang kurang menyenangkan.
Umpamanya kanak -kanak yang sensitif yang mula bersekolah boleh mendapat lelah
akibat gangguan emosi. Tetapi perlu diketahui bahawa suasana di sekolah boleh
membawa unsur -unsur lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu
lalah seperti jangkitan virus dan pendedahan kepada berbagai -bagai lagi unsur
alahan.
Kanak -kanak yang lelah mempunyai saluran
pernafasan sangat sensitif di mana saluran pernafasannya mudah sempit ekoran
dari unsur alahan , jangkitan dan gangguan emosi.
Seseorang yang lelah tidak semestinya
menunjukan tanda pernafasan yang berbunyi ( wheezing ). Batuk yang tidak
berhenti -henti sepanjang masa sama ada di waktu siang atau malam mungkin
berpunca dari kesempitan saluran pernafasan atau lelah. Adakalanya kanak - kanak
yang menghidap penyakit ini susah bernafas dan terbatuk selepas menjalani
aktiviti jasmani. Ada pula kanak - kanak yang lelah yang selalu batuk pada
waktu malam terutama pada jam 2 pagi hingga 6 pagi dan terpaksa duduk kerana
susah bernafas ( nocturnal asthma ).
Para penyelidik Immunologi telah dapat
menunjukkan bagaimana sesuatu unsur alahan dapat menimbulkan asthma. Seseorang
akan lelah jika menyentuh sesuatu unsur alahan ( allergen ) seperti satu
organisma yang terdapat dalam hama - hama atau habuk ( Dermatophagoides ) dan
ini akan bercantum dengan antibodi di dalam darah. Kombinasi antigen - antibodi
ini akan melekat pada sel - sel yang di panggil mast cell , mengakibatkan
pengeluaran bahan - bahan kimia seperti ' histamine ' , SRS-A dan beberapa
lagi bahan - bahan kimia yang akan menyebabkan kesempitan saluran pernafasan.
Ini adalah cara reaksi immunologi yang biasa sekali terdapat pada kanak - kanak
yang menghidap lelah ( allergic asthma ).
Bolehkah kita mengenali bayi - bayi yang
mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat lelah ?
Para penyelildik dalam bidang alahan telah
dapat mengenali bayi - bayi yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat lelah
apabila mereka besar . Caranya ialah dengan mengukur tahapsatu jenis
antibodi yang dipanggil IgE dari darah yang diambil dari
darah saluran uri ( cord blood ) selepas kelahiran bayi. Seseorang bayi yang
ada riwayat alahan didalam keluarganya serta mempunyai tahap antibodi
IgE yang tinggi dalam saluran darah urinya memang berkemungkinan besar
untuk menghidap penyakit lelah pada masa akan datang.
Apakah yang perlu dibuat jika lelah
menyerang kanak - kanak ?
Ibu bapa hendaklah sentiasa bertenang
supaya anak mereka itu tidak mudah berasa takut kerana ini boleh memburukkan
lelahnya itu. Ubat - ubatan yang boleh mengembangkan saluran pernafasan sama
ada diberi dengan cara pil atau dengan cara sedutan ( inhalation ) boleh
digunakan dengan berkesan untuk meredakan keadaan. Jenis dan cara pemberian
ubat ini akan ditetapkan oleh doktor mengikut keterukan lelah dan umur kanak -
kanak itu tetapi memang diakui yang ubat - ubatan ini jika diberi dengan
cara menyedut adalah lebih selamat kerana dos yang digunakan adalah kecil kalau
dibandingkan dengan dos yang terdapat dari pil - pil. Jika kesesakan nafas meningkat
hingga kanak - kanak itu berasa resah tidak berupa bercakap , adalah
dinasihatkan supaya dia dibawa berjumpa doktor.
Ada beberapa jenis ubat - ubatan yang
boleh digunakan oleh para doktor seperti ubat yang mengandungi bahan
theophylline , steroid , sodium chromoglycate dan ketotifen. Walaupun pengunaan
ubat - ubatan ini mungkin berbeza sedikit di antara doktor - doktor , ada suatu
prinsip umum yang dipatuhi oleh mereka. Faktor - faktor seperti unsur alahan ,
unsur jangkitan , gangguan emosi , tekanan jasmani dan sebagainya patut diambil
kira kerana maklumat - maklumat ini akan dapat membantu seseorang doktor itu
memberi nasihat dan rawatan yang sewajarnya kepada ibubapa. Ada ubat - ubatan
yang khusus bagi memberhentikan lelah dan untuk digunakan bagi mengelakkan
berlakunya lelah.
Satu perkara yang penting difikirkan
apabila seseorang kanak - kanak itu sesak nafas ialah kemungkinan saluran
pernafasan tersekat oleh benda - benda seperti biji kacang atau biji saga dan
sebagainya kerana ini menampakkan satu keadaan yang seakan - akan penyakit
lelah. keadaan ini memerlukan rawatan khas dengan segera untuk mengelakan
kerosakan pada paru - paru yang boleh membawa maut.
Bagaimana hendak mencegahnya
Pokok dari program pencegahan lelah ialah
menghindar unsur alahan. Unsur - unsur alahan yang biasa dikenali ialah
organisma yang terdapat dari habuk habuk , bulu - bulu kucing atau anjing
, "pollen " dari pokok - pokok , telur , susu lembu atau makanan laut
seperti kerang. Ibu bapa sendiri perlulah perhatikan unsur - unsur yang membawa
kepada lelah di kalangan anak - anak mereka kerana unsur alahan berbeza
diantara kanak - kanak. Merokok dihadapan kanak - kanak tidaklah digalakkan
kerana asapnya boleh menyebabkan kanak - kanak itu mendapat lelah. Kadangkala
makanan - makanan yang sejuk seperti aiskrim dan air jus buah - buahan boleh
menyebabkan kanak - kanak itu menghidap lelah.
Walaupun ukuran antiobodi
IgE tidak mudah diuruskan dari saluran darah uri adalah digalakkan ibu -
ibu yang mempunyai alahan yang kuat dalam keluarganya memberi susu badan kepada
anak - anak yang baru dilahirkannya dan melambatkan pemberian susu tepung
formula dan makanan peralihan yang lain kerana ada data - data yang menunjukkan
bahawa pemberian makanan - makanan ini kepada bayi dibawah usia tiga bulan
boleh menyebabkan bayi - bayi menghidap penyakit alahan.
Dalam usaha mengenali alahan - alahan para
doktor menyarankan supaya ujian - ujian kulit dijalankan keatas kanak - kanak
yang menghidap lelah. Ujian ini dijalankan dengan mengunakan ' antigen ' yang
disyaki sebagai unsur alahan kepada seseorang kanak - kanak itu.
Ujian - ujian ini kadangkala boleh
mengelirukan kerana walaupun seseorang itu sudah dipastikan alah kepada sesuatu
unsur mengikut keputusan ujian ini tidak semestinya pendedahan kepada unsur ini
akan menimbulkan lelah.
Untuk merawat lelah dengan berkesan ibu
bapa perlulah memahami keadaan ini dan bekerjasama dengan para doktor supaya
nasihat yang disarankan diikuti dengan seberapa boleh. Pengawasan dan rawatan
mungkin terpaksa diteruskan dengan berpanjangan untuk memastikan fungsi
pernafasan kanak - kanak itu tidak terjejas.
Kesimpulan
Ibu bapa yang anaknya lelah perlu tahu
dengan mendalam tentang penyakit ini kerana mereka memainkan peranan yang
penting di dalam program rawatan anak mereka itu. Mereka perlu mengetahui
faktor - faktor yang boleh menyebabkan berlakunya lelah supaya dapat diawasi
faktor - faktor seperti alahan , jangkitan , emosi dan sebagainya .
Ubat - ubatan yang ada sekarang adalah
efektif untuk merawat dan mencegah lelah. Tidak ada sebab mengapa sebahagian
besar kanak - kanak yang menghidap lelah itu tidak boleh menjalani aktiviti -
aktiviti seharian sama seperti kanak - kanak biasa kalau mereka mendapat
rawatan dengan sempurna. Lelah yang berlaku diwaktu tidur pada waktu malam dan
selepas menjalani aktiviti jasmani mesti dan boleh dicegah dengan ubat-ubatan
yang ada pada masa kini